2010-02-26

Gunung Tok Wan Semenyih

27 Feb 2010.

Peserta 8 orang...
2010-02-21

Kronologi Gunung Rajah


seawal 0630 kami memulakan senaman untun memanaskan badan..



Peserta yang sudah bersedia untuk memulakan perjalanan . lokasi air terjun chamang



besar2 beg.. rata2 berat dalam 15kg.. paling berat 20kg..



laluan balak.. sunggoh napok pokloh..



Bro Bear grylls (man vs wild) menunjukkan antara spesies yang tak boleh dimakan di dalam hutan..



berehat seketika di simpang 3..


kamp memperagakan mug cisco.. "kat mana ko dapat gelas tu kamp..?"



Rozani ngan Pokha tengoh makan nasi di lata naning.. lapa bena napok!! hahah



Kamar tidur mendelalu.. "khemahku syurgaku"



Chef Rezam menyediakan makan malam


tak sah kalau tak pekena daun terup!!! main colek boh!!



Sesi suai kenal antara staf IPNOC, non-IPNOC dan guide2..



Antara spesies monyet darat dan monyet pokok...



Srikandi2 melayu!!



Jalan Berselut... Go Agy Go!!!



Last water point!!!


Puncak!!!



Tak sah kalau tak memperagakan kaki yang besih..



Trademark IPNOC OUTDOOR CLUB (IOC)



Puncak!!!!


5 org guide yang gagah perkasa bersama peserta...




Kami seramai 18 org Berjaya menjejaki kaki ke puncak gunung ini pada 15 februari 2010. Pada peringkat awal seramai 22 org bersetuju menyertai XPDC ini namum atas masalah yang tak dapat dielakkan seramai 4 peserta menarik diri. Kami ditemani oleh adik2 guide yang gagah perkasa iaitu seramai 5 orang diketuai oleh John, Lan, Faizal, meow dan zack.

Hari Pertama- Ahad 14/02/09
Jam 11:30pm kami berkumpul di petronas Taman melati Gombak. Kami semua bergerak terus menuju ke Hutan Rekreasi Air Terjun Chamang. Dalam perjalanan kami sempat singgah di pertonas di bentong (sebelah highway karak) untuk mencari bekalan makanan seperti roti, air dsb. Kami terus menuju ke air terjun chamang. Sampai d isana sekitar jam 1pg kami siapkan tempat tidur bagi mendapatkan rehat yang cukup untuk pagi esoknya.

Hari Ke-2 – Isnin 15/02/2010
0600 : kami mula bangun dari tidur dalam suasana yang gelap gelita, semua peserta bersiap untuk solat subuh. Ada juga yang pergi mandi bagi menyegarkan badan masing2.

0730 : kami bersiap untuk bergerak. Dalam perjalanan awal dengan tahap ketinggian 70/80 darjah dari taman rekreasi ke trek balak begitu memberi cabaran. Dalam perjalanan kami dapat melihat empangan hidro yang baru dibina bagi membekalkan elektrik di kawasan berkenaan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam suku untuk sampai ke simpang 3.

0845 : kami tiba di simpang 3 dan berehat dalam 10 minit. Kami meneruskan perjalanan. Checkpoint seterusnya adalah resam. Perjalanan semakin memenatkan. Kelihatan peserta semua tak jemu2 membasahkan tekak masing2.

0950 : RESAM
Kami berehat di sini lebih kurang 10 minit dan meneruskan perjalanan menuju ke Lata Naning. Dalam perjalanan kami melalui chechkpoint air di mana kami terpaksa meredah air terjun untuk sampai ke seberang sana. Di sini kami mula mengisi air yang telah dikosongkan sepanjang perjalanan. Ada juga yang mengambil kesempatan merehatkan badan dengan berendam di sini. Ada juga antara kami membelek-belek kaki, seluar dan tempat2 lain jika ada si penghisap darah. kami meneruskan perjalanan menuju ke lata naning.

1230 – LATA NANING
Kami tiba di lata Naning. Beg yang puratanya seberat 15kg mula dicampakkan ke bumi. Terasa diri terawang-awangan bila mana beg yang sekian lama dipikul direbahkan ke bumi.. fuhhhhh!!! Lega rasanya bahu ni… Di sini kami mengeluarkan makanan untuk dimasak. Ada yang memasak Maggie, nasi, roti dan lain2.. selepas menikmatan juadah yang disediakan oleh peserta secara gotong royong. Ada dikalangan peserta yang merehatkan diri dengan berendam di dalam air terjun.. Waahhhh!! Sejuk tak terhingga….. ya ALLAH besarnya nikmatmu ya ALLAH.. mungkin ini lah yang diperkatakan oleh peserta2.

Selepas berehat hampir 1 ½ jam iatu pada masa itu menunjukkan jam 1400 kami pon beredar bagi memberi laluan kepada peserta dibelakang iaitu geng2 UTM seramai 30 orang untuk menikmati apa yang kami kecapi sebentar tadi. Kami pon meneruskan perjalanan. Terasa sedikit bertenaga untuk meneruskan perjalanan menuju ke Kem Batu Hijau. Kami bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Team A, B dan C.

1545 – Kem Lata Hijau
Team A tiba tepat di kem Batu Hijau tepat jam 1545. Kem ini merupakan tempat perkhemahan bagi peserta2 yang datang ke sini. Ia merupakan tempat yang amat strategik dimana sumber air mudah didapati. Tanpa berlengah lagi Team A pon mula melabuhkan khemah masing2. Kawasan khemah amat terhad. Selepas 20 minit muncullah Team B dan disusuli dengan Team C. semua kelihatan letih. Selepas 30 minit semua khemah didirikan. Kami mula mengeluarkan semua makanan2 yang ada untuk dimasak. Ada juga yang menikmati keindahan air terjunnyayang amat sejuk sekali. Cuaca pada ketika itu sungguh baik.

Semua peserta membersihkan badan dan seterusnya menunaikan solat. Kami rehat seketika sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang ada… jam 1800 kami mula meyediakan juadah makan malam. Chef yang bertugas pada waktu itu ialah chef Mohd Rezam Kassim dan dibantu oleh Chef Sudirman serta Chef pokloh. Jam 1900 kami disajikan dengan pelbagai aneka makanan seolah2 kami berada di kedai makteh cyberjaya.. Terima kasih kepada chef2 yang bertuga bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk kami..

Selepas solat Magrib/Isyak berjemaah kami adakan aktiviti suai kenal dengan guide2. Semua peserta bertungkus lumus menjawab bermacam soalan2 yang diajukan. Yang pastinya semua sporting gila.. Semua soalan dijawab dengan ikhlas..tak lengkap kalau aktiviti ini jika tidak bermain daun terup. Kami ketika ini seolah2 macam adik beradik . tiada segan silu tetapi tetap berada di sempadan yang dibenarkan di dalam ISLAM.

Jam menunjukkan pukul 2200. Ada di antara peserta masuk ke kamar masing2 bagi merehatkan badan. Jam 2300 semua peserta masuk ke khemah masing2 untuk tidur bagi menghadapi ujian seterusnya pagi esok.

Hari ke-3 - Selasa 16/02/2010
0500 – ada 3 org peserta mula bangkit dari tidur. Seawal pagi ini suasana amat gelap gelita. Pada ketika ini amat sesuai untuk membuang air besar. Kelihatan 2-3 org peserta menuju ke air terjun bagi melepaskan hajat masing2. Pada ketika itu chef mendelalu sedang bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi.oleh keranan memikirkan banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi dan memerlukan tenaga yang cukup Beliau menyediakan nasi serta beberapa lauk untuk sarapan pagi berkenaan. Beliau sangat peka terhadap kandungan nutrien yang diperlukan oleh tubuh pada sarapan pagi itu. Semua peserta selesai sembahyang solat subuh berjemaah.
0730 - kami berkumpul di awal pagi bagi meneruskan perjalanan ini. Semua barang serta khemah ditinggalkan. Kami hanya membawa air untuk naik ke puncak.
0900 – Kami tiba di Permatang Guntong. Pada ketika ini kecerunan menjangkau 80-85 darjah. Kaki dan tangan bergerak seiring. Begitulah dapat digambarkan melalui penulisan ini. Dengan bantuan guide semua, kami bergerak perlahan2.

0930 – kami tiba di Tanah Runtuh. Bentuk muka bumi yang curam memperlahankan pergerakkan kami. tanah seakan selut terpaksa kami tempuhi.. beberapa tempat memerlukan tali untuk meneruskan perjalanan.
Pada ketinggian 1500m kesejukan makin terasa. Angin sayu-sayu bertiup, kabus meliputi awan bagaikan merelakan pemergian kami. pendakian kami tergendala apabila sampai satu kawasan iaitu trek berbatu bagaikan terputus laluan.

0950 – Last WaterPoint
Kami tiba di Last Waterpoint. Disitu ada punca air terjun dengan landskap yang indah. Air yang mengalir di celahan pokok menyebabkan warna kuning kekuningan. Hamper 40 minit kami berehat di situ. Jam 1030 kami tiba di puncak.

1115 – Puncak
Inilah saat2 yang dinantikan iaitu tiba di puncak. Terpancar kegembiraan di wajah masing2. Kami bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah melancarkan perjalanan kami. kami menikmati Suasana di puncak dengan suasana dingin dan mendamaikan. Kami tidak melepaskan peluang bergambar untuk di uploadkan di facebook.
Kami berehat di puncak lebih kura 40 minit kerana ingin memberikan laluan kepada peserta UTM. Lokasi di puncak agak terhad. Jam 1200 kami mula menyusuri jalan balik ke khemah menggunakan laluan yang sama.

1300 – Kami tiba di khemah. Oleh kerana ada dikalangan peserta yang bertugas(IPNOC) pada malam ini kami terpaksa bersiap mengemas kawasan khemah. Lebih kurang jam 1400 kami mula bersiap untuk pulang dengan menggunakan laluan yang sama. Semua peserta kelihatan keletihan. Tapi apakan daya masa amat mencuburi kami. kami meneruskan perjalanan dengan langkah yang perlahan

1900 - Simpang 3
Kami tiba di simpang 3 dan masih menunggu 2-3 peserta yang belakang. Di situ kami menunaikan solat zohor/asar. Pada ketika itu sumber air tiada untuk kami bersolat. ISLAM itu mudah.. kami mula tayammun dan menyempurnakan sembahyang kami. jam menunjukkan jam 2000. Suasana amat gelap sekali. Kami berjalan dengan menggunakan lampu suluh. Kami tiba di ending point jam 2330. Kami semua membersihkan diri dan bersiap untuk pulang…

2300 Kami singgah di sebuah restoran di Bentong. Ada peserta2 lain pulang kerumah masing2.. kami membasahkan tekak kami dengan air fresh oren.. fuhh… bestnya.. nikmatnya air ni.. terdengar keluhan dari peserta ketika itu.. lebih kurang 1 jam kami pon beredar dan pulang kerumah masing2..

-TAMMAT-
2010-02-20

Organisasi Tertinggi IOC

Organisasi Tertinggi IOC

1 Penaung
En Badrul Hisham Ahmad

2 Presiden
En Syed Mohd Amin Syed Nengah

3 Naib Presiden 1
En Ruslan Salleh

4 Naib Presiden 2
En Mohd Zulkifly Bakar @ Yusof

5 Setiausaha
Pn Nurulhusna Mustofa

6 Naib Setiausaha
Cik Julyhastuti Nurhemdi

7 Bendahari
Cik Norazlizah Mohd Zam @ Md Lazam

8 Naib Bendahari
En Sudirman Mohd Shek
9 Penghulu Bahagian: TeM
En Mohamed Nezam Mohd

10 Penghulu Bahagian: PFM
En Sashideran Mohanan

11 Penghulu Bahagian: SSM
Pn Amirah Alia Abdul Jalil

12 Penghulu Bahagian: IPMC
En Mohd Azlan Othman

13 Penghulu Bahagian: HSBB
En Azhar Ramli



Biro Tertinggi IOC


1 Media & Informasi
En Muhammad Huzaimi Che Mamat (ketua)
En Mohd Kamarul Izwan Bin Mohd Bakri
Pn Nor Shafrina Jaafar
En Anas Firdaus Bin Mokeri
En Mohd Anuar Mamat

2 Pengangkutan & Penginapan
En Mohd Zul Amali Jusoh (ketua)
Pn Patrina Nasiron
En Mohd Nasrullah Bin Zulkipli
En Samsul Hisam Sulaiman
En Muaz Bin Daud
En Mohd Zulkanain Abu Jamil
En Mohd Adzmin Shahfeezan Mohd Amin

3 Makanan & Minuman
Pn Norazilah Ishak (ketua)
Pn Suriah Md Thani
En Zaid Abdul Rahman
En Mohd Rezam Mohd Kasim
Pn Jadariah Abdullah

4 Agama & Kebajikan
En Affizan Abdul Aziz (ketua)
En Aizuddin Bin Jayiddin
En Mohd Afrudi Ponijan
Cik Azira Ab Rahman
Pn Tuan Noor Akmar Tuan Ismail

5 Kebersihan & Kesihatan
En Mohd Noor Hafidz Yusoff (ketua)
En Bruce Tora
Cik Nur Syamimi Binti Mohammad Azmi
En Mohd Jazali Abd Jalil


6 Keselamatan & Kesejahteraan
En Ahmad Sharipuddin Mohd Yusop (ketua)
En Mohd Anuar Hassan
En Zulfiaftar Abd. Jalil
En Ahmad Tarmizi Hussein
En Kamarul Azlan Azman
En Rozani Mohd Amin
Cik Khairin Noor Yang Razali

7 Ekonomi & Sosial
En Wan Muhammad Firdaus Wan Ilias (ketua)
Cik Azlina Ja'afar@ Ab Rahman
Cik Khafizatun Binti Amat Noh
En Mahadi Yusoff

8 Sukan & Rekreasi
En Soo Chern Tien (ketua)
En Khairi Hafidz Ahmad
Cik Azilawati Binti Shuhaimi
En Muhamad Al-Fatih Abd Wahab
En Mohammad Radhi Ibrahim
En Azwan Husin
En Mamat Lailani Ramli
En Mohammad Rhiyaad Bin Kamshah
2010-02-04

XPDC Mendaki Gunung Rajah (Aturcara)

Aturcara


14/02/10 : 10:00PM
- Para peserta berkumpul di Cyberjaya
14/02/10 : 11:00PM
- Bertolak dari Cyberjaya menuju ke Bentong, Pahang
- Singgah di kedai/restoran untuk membeli bekalan pagi (optional)
15/02/10 : 12:30AM
- Dijangka tiba di Air Terjun Chamang, Bentong
- Berehat sebentar di Air Terjun Chamang sebelum memulakan pendakian
15/02/10 : 05:30AM
- Bangun dan bersiap sedia
- Solat Subuh (06:09AM)
- Sarapan
15/02/10 : 06:30AM
- Bertolak dari Air Terjun Chamang
- Melalui laluan balak
- Masuk ke laluan/trek hutan
15/02/10 : 01:00PM
- Dijangka tiba di Lata Naning
- Aktiviti masak memasak
- Solat
- Makan Tengahari/Petang
15/02/10 : 02:30PM
- Meneruskan pendakian
15/02/10 : 05:00PM
- Dijangka tiba di Kem Batu Hijau/Bukit Hijau
- Setup khemah
- Menyediakan makan malam
- Solat
- Makan Malam
- Tidur/Rehat
16/02/10 : 05:30AM
- Bangun dan bersiap untuk ke puncak
- Solat Subuh (06:09AM)
- Warming up
16/02/10 : 06:30AM
- Bertolak ke puncak
16/02/10 : 09:30AM
- Dijangka tiba di puncak
- Sarapan
- Menikmati pemandangan
- Aktiviti bergambar
16/02/10 : 11:15AM
- Bertolak turun
16/02/10 : 02:15PM
- Dijangka tiba di Kem Batu Hijau/Bukit Hijau
- Solat
- Mengemas, dan bersiap
16/02/10 : 03:15PM
- Bertolak turun
16/02/10 : 08:15PM
- Dijangka tiba di Air Terjun Chamang




Barang Keperluan (Persendirian)


4 Botol Livita
2 Bar Cokelat
2 Botol kecil Air Mineral
1 Kotak Koyok
2 biji Panadol @ pain killer (sekurang-kurangnya)


2 pasang Stokin
1 sleeping bag
1 helai baju hujan (beli yang pakai buang saja)
3 helai baju harian
1 unit Head lamp/torchlight
1 pasang gloves
1 helai tight
1 helai short/track
1 pasang kasut
1 pasang selipar
1 helai tuala
1 pasang knee guard
1 helai sweater
1 helai tuala
1 helai/pasang pakaian solat


Barang Keperluan (Berkumpulan)


1 kumpulan terdiri daripada 5 orang individu
Barang keperluan bagi setiap kumpulan masih di dalam perbincangan