2009-07-31

XPDC Menawan Gunung Rajah?

Puncak gunung Rajah

Jurang yang dilalui oleh peserta

Air Terjun Chamang

Batu berlumut

Gunung Rajah ini berada di Bentung, Pahang.
Air Terjun Camang awasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan berturap ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini. Trek ke gunung ini mula dari jalan balak tinggal 1KM sebelum tiba ke Air Terjun Camang. Namun bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.

Setengah jam berjalan pendaki akan melintas satu penempatan baru orang asli, trek balak agak mendaki sedikit, awas anjing yang datang ke arah anda. Seterusnya pendaki akan melalui zon pokok orkid ungu yang tumbuh sepanjang tepi trek hingga satu kawasan lapang (bekas kongsi tinggal). Kenalpasti trek ke gunung memandangkan ada beberapa simpang disini.
Trek kemudian agak redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil (kem site pertama), dari sini pendaki boleh melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah kedepan ada anak sungai merentangi trek. Beberapa minit perjalanan seterusnya ada satu simpang denai tidak jauh disebelah kiri.

Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram. Pendaki perlu meneruskan pendakian dengan melintas sungai ini. Awas juga, air sungai ini akan menjadi deras apabila hujan dihulu. Walaupun sungai ini bukan sungai Y tapi pertemuan sebatang sungai lagi disini seperti huruf Y.

Air Terjun Naning/NadingAir terjun ini merupakan checkpoint seterusnya kira-kira setengah jam dari cross sungai pertama. Kem site berada seberang sungai di bahagian atas air terjun Naning berdekatan dengan sungai. Air sungai dingin dan nyaman tapi awas air sungai akan menjadi begitu deras apabila hujan di hulu. Trek dari air terjun ke agak landai, pendaki tidak perlu menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat.
3-5 jam trekking dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba puncak satu permatang, jika cuaca baik dan cerah pendaki akan nampak dinding batu yang membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya. Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu turun ke lurah sebelum mendaki kembali. Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat membantu pendakian.
Sumber air terakhir (Last Water Point) berada tidak jauh dari trek, deruan air terjun mini boleh didengari. Hanya beberapa langkah dari trek pendaki boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah jam berikutnya pendakian agak mencanak, pendaki perlu menggunakan tangan untuk memanjat dan memaut pada akar-akar yang merentangi trek hingga sampai ke puncak.

Puncak G. Rajah
Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu tanda seperti bola / sfera terbenam ditengah batuan di puncak.
log:
Air Terjun Chamang - rumah orang asli - 1/2 jam
rumah org asli - kem site pertama - 1 jam

kem site pertama - coss sg pertama 1/2 jam
Cross sg pertama - Air Terjun Naning - 1/2 jam
Air Terjun Naning - puncak permatang, 3 jam

puncak permatang - last water point - 1 jam

last water point - puncak Rajah- 1/2 jam.
2009-07-28

Kronologi aktiviti IOC di Gunung Nuang







25/07/09

0530 - peserta berkumpul di dua lokasi
1) Bangunan TMNET Cyberjaya
2) Menara TM
- Sembahyang Subuh

0615 - Peserta bertolak menuju ke pangsun hulu langat.

0700 - Singgah di Balai Polis Batu 18 hulu langat bagi meyerahkan senarai nama peserta ke
Gunung Nuang

0745 - Tiba di kaki Bukit Gunung Nuang.

0800 - peserta semua sarapan pagi ( makan mee hoon ngan air tea o)

0830 - peserta bersedia untuk mendaki menuju ke tapak perkhemahan Kem Lolo.
- pendakian pada mulanya agak biasa.. selang setengah jam tahap kecerunan makin
bertambah membuatkan peserta2 semua mula memperlahankan langkah.

1200 - Peserta tiba di Kem Lolo. satu2nya kem yang mempunyai sumber air.
- Pasang khemah, Masak air,
- peserta berehat sementara menunggu waktu zohor bagi meneruskan aktiviti seterusnya.

1330 - seramai 18 peserta memulakan aktiviti seterusnya iaitu pendakian menuju Kem Pacat.
- 4 peserta terpaksa ditinggalkan di khemah bagi menjaga barang2 di khemah serta
menyiapkan juadah makan malam.

1530 - Tiba di kem Pacat. bekalan air semakin berkurangan. seramai 5 peserta terpaksa
mencari sumber air jauh dari Kem Pacat. selama 30 minit 5 peserta ini tiba membawa
bekalan air.

1600 - Seramai 11 peserta meneruskan perjalanan menuju ke puncak gunung nuang. 7 peserta
terpaksa balik ke khemah (kem lolo) dan tidak meneruskan pendakian ke puncak.
- Pendakian dari Kem Pacat agak mencabar. boleh dikatakan kecerunannya hampir2 86
darjah.
- perjalanan tetap diteruskan. bentuk muka bumi yang agak mencabar ini sedikitpun tidak
melemahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan.

1800 - Tiba di Puncak pengasih. memandangkan masa semakin suntuk kami semua
meneruskan perjalanan.
- bekalan air semakin berkurangan. kabus tebal menyelubungi peserta. suasana agak
kelam pada ketika ini tapi kelihatan trek masih jelas. suhu dianggarkan 18 darjah celcius.

1905 - Peserta tiba di puncak Gunung Nuang. FUhhhhh!! Ya ALLAH .. terasa akan kebeseran
ciptaan mu Ya ALLAH. semua peserta terlantar di puncak bagi menghilangkan penat.
- Setibanya kami di puncak kelihatan segerombolan anak2 muda telah sampai awal dan
telah melabuh khemah mereka di puncak.
1915 - memandangkan suasana semakin suram serta bekalan air sudah berkurangan peserta
semua bergegas pulang ke Kem Lolo melalui jalan yang sama ketika mendaki. perjalanan
agak perlahan. cuaca semakin sejuk dianggarkan 16 darjah celcius.

1930 - keadaan semakin kelam. peserta2 terpaksa menggunakan lampu suluh bagi
meneruskan perjalanan.

2000 - memandangkan hutan yang agak tebal serta cahaya bulan sabit pada ketika itu agak
suram peserta 100% bergantung harap kepada lampu suluh bagi meneruskan
perjalanan. keadaan gelap gelita itu terpaksa kami memperlahankan lagi langkah.

2240 - Kami tiba di Kem Pacat. bekalan air hanya tinggal seteguk 2 sahaja. peserta berehat 10
minit.

2315 - Peserta tiba di Kem Lolo.. dan disambut oleh kawan2 yang ada di khemah pada ketika itu.. makanan sudah terhidang.

26/07/09
0001 - kebanyakkan peserta sudah masuk ke khemah masing2..

0300 - salah satu khemah peserta telah dikejutkan dengan bunyi yang amat mengerikan . salah seorang peserta itu keluar bagi mendapatkan bunyi berkenaan. tetapi tidak kelihatan.
0600 - hujan turun dengan lebatnya. terdapat 2 khemah dimasuki air. mujurlah berhampiran khemah itu terdapat sebuah bangsal. mereka memindahkan barang di bangsal berkenaan.
0630 - kebanyakkan peserta sudah bangun untuk menunaikan solat subuh. hujan masih tidak berhenti-henti.

0800 - chef2 yang terlatih bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi.
1000 - suasana ketika ini masih sejuk dan berkabus.
1100 - peserta semua mengemas dan bersiap sedia untuk pulang..

1200 - peserta semua diarahkan membersih kawan khemah masing2.. dan memastikan sampah
sarap dibuang sepertimana setibanya kami pada hari terdahulunya..
1215 - kami meneruskan perjalan untuk pulang melalui jalan yang sama..

1330 - kami tiba di perkarangan tempat letak kereta..
1400 - kami memulakan perjalanan menaiki kenderaan masing2..

1430 - kami berhenti di sebuah warung bagi menghilangkan dahaga dengan mengorder air fresh
oren, cincau, lai chi kang yang diidamkan ketika mana kami berada di puncak nuang.
dengan puasnya kami minum air.. ohhh nikmatnya... hanya ALLAH SWT shj yang tahu...
semua peserta tersenyum puas..
1600 - kami tiba di cyberjaya dan pulang ke pangkuan keluarga masing2...

2009-07-13

Bukit Tabur 18/7/09

8 peserta IPNOC mengikuti latihan Nuang
bergambar dengar geng2 outdoor disana.

Bukit Tabur kali ni bertujuan untuk latihan terakhir Gunung Nuang pada 25/7/09 ni. Bukit Tabur kali ini peserta dikehendaki membawa Beg berisi barang sekurang2nya 5kg. Tujuannya adalah bagi memastikan beban yang akan ditanggung nanti menyerupai XPDC menawan Gunung Nuang 2 hari 1 malam.

kepada sesiapa yang ingin mengikuti Bukit Tabur ini tapi tidak menyertai XPDC Gunung Nuang amat di alu-alukan..

yang konpom nak pegi..

1) mendelalu
2) abg-H
3) kairin
4) amran
5) Sinchan
6) ise
7) mimi
8) pokloh
9) pijan
10) kamp
11) apidz

kepada peserta2, anda kehendaki berkumpul di menara kul 6:00 pagi atau petronas taman melati jam 6:30 pagi. ni betul-betul bukan main2.. huhu

2009-07-12

XPDC GUNUNG NUANG 25-26 JULY 09

Gunung Nuang can be divided into a few major sections:
1. Entrance/Parking
2. "The long gruesome walk"
3. Rest point
4. Dam
5. "Lolo" camp
6. "Hut" camp
7. Mid-mountain push
8. Mid-mountain campsite - "Pacat" camp
9. Summit push
10. The "fake summit"
11. "Nuang" summit



salam,
Sedikit info pasal Gunung Nuang..
Gunung tertinggi di Selangor (1493m)
Lokasi di Hulu Langat, Selangor
Bagus kepada pendaki amatur macam budak2 IPNOC
Kebiasaanya normal walking diantara 8-9 jam
Kalu nak khemoh buleh jugok.. biasa geng2 ni khemah kat Tanah Pacat.
macam mana? ada brani? kita set dalam bulan 7..
perkhidmatan sewa khemah akan diuruskan oleh urusetia.. urus jela.. bayar tetap kena.. huhu
*ahli kumpulan2 wajib..
http://www.worldisround.com/articles/36306/index.html

yang kompom/Insya"ALLAH nak pegi :

Lelaki

1) mendelalu
2) Pokloh
3) amran
4) kamp
5) pokha
6) firdaus
7) S-Chan
8) Abg-H
9) Ise
10) apidz
11) pijan
12) nezam
13) Fauzan SNOC
4) rozani
15) Muaz

Perempuan

  1. patrina nasiron
  2. alia
  3. zulia
  4. khairin
  5. Saidah Che Aman
  6. Nuzaimah Hanifah
  7. Izzati Mohammad

2009-07-11

Latihan Pemasangan Khemah

lulus...!!!! itulah yang telah diperkatakan oleh brother baju biru tu...
korang perasan tak.. apa putih2 bulattu.. eee..

ada awning tu!!!

salam..


malam ni adalah acara memasang khemah yang baru di depan bangunan SAC cyberjaya.. oleh kerana kebarangkalian untuk pergi ke Gunung Nuang bermula pada waktu malam skuad Logistik telah memulakan latihan memasang khemah pada jam 12 tgh malam tadi bagi memastikan proses memasang khemah ketika berada di gununung nuang kelak tidak tergendala..


skuad logistik hanya mengambil 10 minit sahaja bagi pemasangan khemah ini.. Insya"Allah segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar!!
2009-07-08

BROGA SUNRISE 12/7/09

Tahniah kepada peserta bukit broga pagi ini.. kesemua 14 peserta kali ni selamat sampai di puncak. kami bermula jam 8:45am di kaki bukit. perjalanan mengambil masa yang lama iaitu selama 1 jam 15 minit disebabkan jalan jem giler. sepatutnya 40 minit sudah sampai di puncak. jam 10am kami tiba di puncak dan berehat hampir 30 minit bagi menikmati udara segar serta bekalan makanan peserta2. jam 10:30am kami mula turun dan seperti yang dijangkakan perjalanan turun agak mencabar. jam 11am kami tiba di kaki bukit broga dan bergegas balik ke cyberjaya. boleh tahan jugak penat!! next time kita gi pulok.. ni ada sikit gambar yang sempat dirakam!!

vesi video.. selamat menonton..
menikmati sandwish agy.. ermm
puncak yang tertinggi.. sapa tak der ek? acu tgk betul2..

kaki bukit broga..
baca adik2.. B R O G A.. broga.. pandai!!
sedap sandwish ni agy.. better than Bt Tabur.. huhu

Otai dah turun... kena banyak belaja ngan abang2 otai kita ni.. nok2 yg atas batu tu..


buleh tahan penat jugak.. bestnya tidur atas rumput..

cewahhh.. sapa nak ngorat.. semua single lagi ni.. :)

mana dak firdaus ni.. tak muncul2 ni.. wei firdaus !! ko naik ikut mana?

masing2 tgh semangat giler ni..



saper nak ikut kitaorang bole jumpa kat CBJ SAC kul 6:00 (subuh kat opis). aktiviti ni diketuai oleh EN NIZAM (Timb Presiden IOC).


yang kompom..
1) En Nezam
2) mendelalu
3) patrina
4)firdaus
5)agy
6)Alia
7)zulia
8) pokha
9)fauzan snoc
10) asnizar
11) huzaimi
12) mat din
13) rozani
14) Liana
2009-07-06

IPNOC BOWLING TOURNAMENT??


Salam,
bagi memenuhi tuntutan ahli IOC (Ipnoc Outdoor Club),
kami merancang untuk mengadakan perlawanan bowling peringkat IPNOC pada bulan Ogos ini. oleh itu kami memerlukan pendapat ahli IOC untuk mendapatkan tarikh serta masa yang sesuai.
Terima kasih.
mendelalu