2009-07-28

Kronologi aktiviti IOC di Gunung Nuang







25/07/09

0530 - peserta berkumpul di dua lokasi
1) Bangunan TMNET Cyberjaya
2) Menara TM
- Sembahyang Subuh

0615 - Peserta bertolak menuju ke pangsun hulu langat.

0700 - Singgah di Balai Polis Batu 18 hulu langat bagi meyerahkan senarai nama peserta ke
Gunung Nuang

0745 - Tiba di kaki Bukit Gunung Nuang.

0800 - peserta semua sarapan pagi ( makan mee hoon ngan air tea o)

0830 - peserta bersedia untuk mendaki menuju ke tapak perkhemahan Kem Lolo.
- pendakian pada mulanya agak biasa.. selang setengah jam tahap kecerunan makin
bertambah membuatkan peserta2 semua mula memperlahankan langkah.

1200 - Peserta tiba di Kem Lolo. satu2nya kem yang mempunyai sumber air.
- Pasang khemah, Masak air,
- peserta berehat sementara menunggu waktu zohor bagi meneruskan aktiviti seterusnya.

1330 - seramai 18 peserta memulakan aktiviti seterusnya iaitu pendakian menuju Kem Pacat.
- 4 peserta terpaksa ditinggalkan di khemah bagi menjaga barang2 di khemah serta
menyiapkan juadah makan malam.

1530 - Tiba di kem Pacat. bekalan air semakin berkurangan. seramai 5 peserta terpaksa
mencari sumber air jauh dari Kem Pacat. selama 30 minit 5 peserta ini tiba membawa
bekalan air.

1600 - Seramai 11 peserta meneruskan perjalanan menuju ke puncak gunung nuang. 7 peserta
terpaksa balik ke khemah (kem lolo) dan tidak meneruskan pendakian ke puncak.
- Pendakian dari Kem Pacat agak mencabar. boleh dikatakan kecerunannya hampir2 86
darjah.
- perjalanan tetap diteruskan. bentuk muka bumi yang agak mencabar ini sedikitpun tidak
melemahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan.

1800 - Tiba di Puncak pengasih. memandangkan masa semakin suntuk kami semua
meneruskan perjalanan.
- bekalan air semakin berkurangan. kabus tebal menyelubungi peserta. suasana agak
kelam pada ketika ini tapi kelihatan trek masih jelas. suhu dianggarkan 18 darjah celcius.

1905 - Peserta tiba di puncak Gunung Nuang. FUhhhhh!! Ya ALLAH .. terasa akan kebeseran
ciptaan mu Ya ALLAH. semua peserta terlantar di puncak bagi menghilangkan penat.
- Setibanya kami di puncak kelihatan segerombolan anak2 muda telah sampai awal dan
telah melabuh khemah mereka di puncak.
1915 - memandangkan suasana semakin suram serta bekalan air sudah berkurangan peserta
semua bergegas pulang ke Kem Lolo melalui jalan yang sama ketika mendaki. perjalanan
agak perlahan. cuaca semakin sejuk dianggarkan 16 darjah celcius.

1930 - keadaan semakin kelam. peserta2 terpaksa menggunakan lampu suluh bagi
meneruskan perjalanan.

2000 - memandangkan hutan yang agak tebal serta cahaya bulan sabit pada ketika itu agak
suram peserta 100% bergantung harap kepada lampu suluh bagi meneruskan
perjalanan. keadaan gelap gelita itu terpaksa kami memperlahankan lagi langkah.

2240 - Kami tiba di Kem Pacat. bekalan air hanya tinggal seteguk 2 sahaja. peserta berehat 10
minit.

2315 - Peserta tiba di Kem Lolo.. dan disambut oleh kawan2 yang ada di khemah pada ketika itu.. makanan sudah terhidang.

26/07/09
0001 - kebanyakkan peserta sudah masuk ke khemah masing2..

0300 - salah satu khemah peserta telah dikejutkan dengan bunyi yang amat mengerikan . salah seorang peserta itu keluar bagi mendapatkan bunyi berkenaan. tetapi tidak kelihatan.
0600 - hujan turun dengan lebatnya. terdapat 2 khemah dimasuki air. mujurlah berhampiran khemah itu terdapat sebuah bangsal. mereka memindahkan barang di bangsal berkenaan.
0630 - kebanyakkan peserta sudah bangun untuk menunaikan solat subuh. hujan masih tidak berhenti-henti.

0800 - chef2 yang terlatih bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi.
1000 - suasana ketika ini masih sejuk dan berkabus.
1100 - peserta semua mengemas dan bersiap sedia untuk pulang..

1200 - peserta semua diarahkan membersih kawan khemah masing2.. dan memastikan sampah
sarap dibuang sepertimana setibanya kami pada hari terdahulunya..
1215 - kami meneruskan perjalan untuk pulang melalui jalan yang sama..

1330 - kami tiba di perkarangan tempat letak kereta..
1400 - kami memulakan perjalanan menaiki kenderaan masing2..

1430 - kami berhenti di sebuah warung bagi menghilangkan dahaga dengan mengorder air fresh
oren, cincau, lai chi kang yang diidamkan ketika mana kami berada di puncak nuang.
dengan puasnya kami minum air.. ohhh nikmatnya... hanya ALLAH SWT shj yang tahu...
semua peserta tersenyum puas..
1600 - kami tiba di cyberjaya dan pulang ke pangkuan keluarga masing2...

6 comments:

petitE said...

ayat abg zul seperti mengarang sebuah cerpen ;p

tuti said...

apsal faizal main duduk-duduk nih..??huhuh

Fadil said...

"Salah satu khemah peserta telah dikejutkan dengan bunyi yang amat mengerikan" bunyi apa tu, faham2 lah ye...
Dulu kitaorg pun ada juga kena macam tu.

kamp said...

gila sejuk 18 darjah... patut badan berasap...

Anonymous said...

hail to everyone...u guys did it!!
if i join, konpom jadi tukang jaga parking..:P
soalan: adakah bunyi tidak lagi kedengaran??or telah ikut ke IDC??*muahahah

Small Hiker said...

Saya pun pergi ke Nuang baru-baru ni, buat 'day hiking' je. Mula kul 6.45 pagi dan selesai menuruni gunung kul 5.30 petang. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Perjalanan dari 'never ending road' ke Kem Pacat macam biasa je. Lepas dari tu, kesoronokan bermula dan 'trail' makin mencabar. Bagaimanapun, disebabkan faktor 'distance' saya akan camping dulu untuk pergi kali kedua dan bertolak dari Kem Lolo, seawal mungkin, dalam kul 6.30pagi macam tu. Tahniah kepada sesiapa yang berjaya sampai ke Puncak Nuang.

Post a Comment